Blog ini penuh dengan nukilan-nukilan seorang isteri jua ibu iaitu mengenai permasalah anak-anak, panduan penjagaan keselamatan kesihatan anak-anak,resipi yang boleh dikongsikan bersama, sedikit mengenai petua kecantikan.
Jaundis Neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirudin di dalam darah di kalangan bayi.
Apa menyebabkan Jaundis Neonatal?
Faktor umum
Bayi premature
Kurang air
Darah yang terminum oleh bayi ketika proses kelahiran.
Pemecahan darah
Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi. ABo atau Rhesusu incompatibility.
Jangkitan kuman.
Jangkitan otak
Jangkitan salur kencing
Jangkitan dalam kandungan : herpes, cmv
Kesan metabolik
Kurang hormon tiroid
Galaktosemia
Rawatan Jaundis Neonatal
Fototerapi
Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.
Exchange Transfusion (ET)
Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.
Tak sah datang sarawak tak cuba menu yang akan ayu kongsi dengan kawan-kawan ini..
Ayu harap idea ini berguna untuk membantu perancangan keluarga untuk jalan2 bercuti sambil2 dapat menjamu selera dengan menu2 yang terbaik...
Bayi baru lahir akan tidur sepanjang hari. Bayi anda tertarik pada bunyi dan mula mengecam.
perlihatan bayi masih kelihatan berbayang-bayang..hitam dan putih...
Bulan Kedua
Bayi boleh memegang benda dengan sendiri. Bayi boleh menoleh pada bunyi dan menangis bagi menunjukkan isyarat lapar, tidak selesa mahupun gembira...tidur mereka juga akan ada berjaga pada waktu malam dan akan lena selepas berjaga untuk minum susu.
Bulan Ketiga
Bayi kurang berjaga dan nangis pada waktu kecuali ingin menyusu dan selepas meyusu akan kembali lena.
bayi boleh menegakkan kepala dan cubaan ingin meniarap. Bayi mula mengagah,senyum dan kadang-kala tergelak haha...(x gigi)
Bulan Keempat
Bayi semakin cergas dan kuat bermain sentiasa mencuri perhatian anda. Bayi anda menyukai warna-warna terang. Bermain dan cubaan demi cubaan untuk meniarap dan merangkak.
Bulan Kelima
Bayi mula mengimbangi badan. Penguasaan belakang dan otot kaki membolehkan bayi mula untuk duduk dengan agak lama.Bayi mula dapat mengerakkan tangan dan mencapai sesuatu barang.
Bulan keenam
Bayi kini dapat duduk dengan mudah dan mula mengatur pengerakkan yang membawa kepada merangkak. Bayi sekarang sudah mula menyebut beberapa perkataan dan bunyi..
Bulan Ketujuh
Bayi sudak aktif merangkak dan sudah boleh memegang sesuatu barang dan menukarkan ke tangan sebelah lagi. Makan dengan sendiri sudah boleh dimulakan dan gigi sudah mula tumbuh.
Bulan Kelapan
Bayi usia ini mula belajar untuk berdiri dan pegerakkan bayi kini semakin aktif. Ibubapa kini kena lebih2 perhatian, agar tidak meletakkan barang2 bahaya yang boleh dicapai oleh bayi anda dan perhatikan tiap pergerakkan bayi anda untuk keselamatan.
Bulan Kesembilan
Bayi kini boleh merangkak dan mula berdiri dengan sendiri. Mula memahami arahan yang diberi oleh ibubapa.
Bulan Kesepuluh
Bayi kini mulakan langkah unyuk berjalan sekiranya kedua-dua tangannya dipegang. Bayi juga mula meyambung perkataan dengan gerak geri.
Bulan Kesebelas & Kedua belas
Bayi kini bijak boleh berdiri, duduk, memegang sesuatu barang dengan sendiri. Beberapa perkataan kini dapat kita dengar dari mulut bayi anda mengikut usaha ibubapa mendidik.
Resipi ini memang resipi ibu mertuaku dah nama pun botox ikan ibu mertuaku hihi...
Nama sebenar resipi ni botok2 tapi saja ayu suka BOTOX kan nama resipi ni..
Mesti kekawan pun suka..Awet muda jadi muda selepas makan hihi..
Nyaman kalu tak caya cuba...
Harap3 resipi ni boleh mengalirkan air liur yang banyak...
Sekali-sekala tu cubala resipi berbeza..nampak rumit tapi mudah dan meyeronokkan hihi..
Ajak adik ke jiran ke sama buat pasti meyeronokkan dan dapat juga megeratkankan hubungan...
selamat mencuba..
Botox Ikan ibu mertuaku
Bahan yang perlu dihiris halus
Daun kunyit
Daun mengkudu
Daun selasih
Bahan yang perlu ditumbuk
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serai
Lengkuas
Bahan lain
Ikan ikut suka sebaiknya ikan tenggiri...
Serbuk kari
Cili giling
Asam jawa
Serbuk perasa
Cara memasaknya
Gorengkan bahan yang ditumbuk tadi...
Masukkan cili giling dan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air..
Masukkkan bahan yang dihiris tadi ke dalam bahan yang digoreng..
Tambahkan air asam jawa dan perasa..
Sehingga bahan yang dihiris tadi layu (masak) dan cukup rasa..
Angkat setelah masak dan sejukkan..
Cara membungkusnya
Susun 3 helai daun mengkudu
Lapisan pertama letakkan bahan goreng tadi...
Selepas itu letakkan ikan diatas bahan goreng tadi
Tutup semula ikan menggunakan bahan goreng lagi..
Selesai bolehlah dibungkus seperti bungkus nasi lemak..
kukuskan selama 45minit..
Setelah masak bolehlah dihidangkan...
Bayi baru lahir hingga berusia 3 bulan
Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur yang terbaik selama 16-20jam....
Jangkamasa antara 1.30 hingga 5-6jam pada siang hari..
3 hingga 6 bulan
Bayi seusia ini akan memerlukan tidur selama 14-15 jam keseluruhannya...
Tidur 6-8 jam pada setiap malam..
6 hingga2 bulan
Kanak-kanak dalam usia ini hanya akan tidur sejam atau 2jam setiap pagi dan petang..
Manakala malam mereka akan tidur dalam tempoh selama 12jam..
1 hingga 3 tahun
Dalam usia ini kanak-kanak hanya akan tidur 3jam kalau dikumpul dalam pagi hingga petang...
Masa tidur yang diperlukaan oleh kanak-kanak seusia ini adalah 10-13jam..
Setiap kita mahukan keluarga yang bahagia dan akrab..
Sentiasa ada masa bersama..Tapi setiap keluarga mempunyai masa yang terhad terhadap satu sama lain.
Ini disebabkan pekerjaan dan faktor kewangaan..
Disini tips untuk bahagian bersama keluarga dalam kos terkecil..Mampu dijalani oleh setiap keluarga..
Selamat mencuba...
Baru sebentar tadi tengok iklan kat tv...produk kecantikkan dari safi...safi balqis perfect 10..
Macam best je...hihi...rasa-rasa nak cubalah..Sebelum tu ayu nak kongsi dengan kekawan info tentang produk ini....Mana tahu selepas baca kawan-kawan nak cuba juga macam ayu hihi..
Tapi bagi ayu memang percayalah ngan produk safi ni... Mungkin memang sesuai ngan kulit ayu kot hihi..
Safi Balqis Perfect 10 diformulasi dengan Nano Biowhite.
10 manfaat produkSafi Balqis Perfect 10yang boleh didapati sekitar harga RM6.50 hingga RM25.90 :
Memudarkan pigmentasi
Menyamaratakan tona kulit
Melindungi dari sinar UV
Mencerahkan kulit
Melindungi dari radikal bebas
Meningkatkan keelastikan kulit
Menghidratkan kulit
Melembabkan kulit..kulit sentiasa kelihatan lembab tidak akan kelihatan kering
Menghaluskan kulit..kesan nyata jerawat maupun jeragat
Melembutkan kulit dari kesan kekusaman
Jaminan perubahan dalam masa 2 minggu....
Wau...ramai kawan-kawan yang teruja membacanya...
Sapa-sapa yang nak cuba cepat-cepatlah ke pasaraya yang terdekat untuk membelinya hihi..
Tahukah ibu-ibu jua para bapa bagaimana mengurut bayi kesayangan kita dan apakah pula kebaikannya???
Menurut kajian klinikal para pakar menegaskan urutan memberikan kesan positip kepada anak-anak kita.
Alhamdulillah hari ini masuk 2 bulan umur anak kesayangan ayu. Ayu memang lakukan urutan pada anak kesayangan ayu tu tiap kali selepas mandi..
Antara kebenaran yang ayu nampak bayi kita sihat, cergas dan paling mengejutkan tumbesarannya cepat..
Masih ayu ingat genap sebulan pergi klinik nurse di sana pikir bayi ayu sudah 3 bulan hihi..
Alhamdulillah...
Kebaikan urutan bayi
Urutan bayi membantu pembesaran fizikal bayi
menguatkan otot-otot dan memperbaiki motor pergerakan
berat bayi bertambah 47%
Urutan bayi menguatkan ketahanan tubuh badan
bayi jarang mengalami simptom jatuh sakit
Urutan bayi membina keyakinan diri bayi anda
Bagaimana pula cara urutan bayi ???
Jom layan video ini dan marilah kita pelajari serta amalkan untuk kebaikan bayi kita bersama..
Sempena nama ayu... jom kekawan cuba buat kueh putu ayu. Memang tak susah...
Tak rugi buat kueh ni sedap tau dan mudah dibuat... cuma yang lecehnya kueh ni perlu dikukus..
Tapi kalau kekawan punya alatan yang cukup tak jadi masalah nak buat...
Jom buat kueh Putu Ayu
BAHAN-BAHAN:
- 220 gram tepung gandum
- 5 biji telur( sebaiknya telur yang sejuk-baru keluar dari petisejuk )
- 250 gram gula
- 150 ml santan + 1 sudu teh pes pandan + sedikit pewarna hijau
- ½ sudu teh baking powder
- Sedikit kelapa parut+ secubit garam
CARA-CARANYA: 1) Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali kelapa parut. Kacau sebati.
2) Masukkan kelapa parut tadi kedalam acuan putu ayu, tekan supaya padat. Kemudian masukkan adunan yang telah dipukul sebati tadi.
3) Kukus selama 15-20 minit.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera bersama yang tersayang...
Hari-hari buat sup ayam hihi..Ayukan baru lepas besalin hiihii
Jadi nak kongsi resipi sup ayam ngan kawan-kawan..
Mesti ada antara kekawan yang tersenyum tengok resipi yang ayu kongsi hari ini..
Disini jua ayu sertakan kebaikan sup ayam...
Kebaikan Sup ayam
Baik untuk ibu-ibu selepas bersalin..bisa mengembalikan tenaga.
Memperbanyakkan air susu buat ibu-ibu yaang menyusukan anak.
Menyejukkan badan yang panas..kekawan yang demam tu rajin2la makan sup supaya cepat sembuh.
Di dalam sup ayam terdapat nutrien dan vitamin yang mampu mempertahankan aktiviti sel darah putih.
Yang paling baiknya sup ayam mudah disediakan.
Sup Ayam
5 ulas bawah merah
3 ulas bawang putih
Sayur sawi
Lobak - dipotong ikut suka
Kentang - dipotong ikut suka
Gunakan beberapa ketul sayap ayam ikut suka(x payah potong)
Minyak zaitun ( banyak khasiatnya)
Daun Sup
Lada Hitam secukup rasa...
Jangan lupa bawang goreng..
Kisar bawang merah, bawang putih dan halia .. dan tumis dengan minyak Zaitun
setelah naik bau... masukkan ayam.. lobak... kentang...sayur sawi.. juga lada hitam yang ditumbuk...
Setelah mendidih.. masukkan garam secukup rasa...
Taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan hihi
Ayu nak nasihatkan kekawan cuba-cubalah memasak mengunakan minyak Zaitun..
Nak tau khasiat minyak Zaitun...Baca ni...
Khasiat minyak Zaitun
Minyak Zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.
Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan)
Digunakan untuk mengatasi masalah seksual
Mengurangkan risiko sakit jantung
Minyak zaitun adalah peseri wajah
Menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik.
Cuti kat mana ? Ayu nak cadangkan Damai Beach Resort...Kuching Sarawak. Senyum kekawan yang tinggal senegeri ngan Ayu. Tapi bagi kekawan bukan senegeri ngan Ayu tak yah sedih.. Jom tengok tiket belon (kapal terbang ) datang Kuching hihi...
Damai Beach Resort...memang mendamaikan tengok saja namanya dan tengok gambar yang Ayu serta kan..
Damai kan mata memandang..
Jom ibu jom papa bawa family bercuti...
so apa yang best kat sini hehe...bagi Ayu la....
1) Harga bilik dari RM180++
2) Jarak cuma lebih kurang 25km dari pusat bandar Kuching (tak jauh)
3) Banyak facilities yang best .. siap ada padang golf bg sapa yg kaki golf tu..hehe
4) Leh pegi sebelah hehe...ada Kampung Budaya Sarawak
5) Makanan dijamin halal :-)
6) Resort nie location dia kat kaki Gunung Santubong....
tgk lagi nie...
bagi yang risau pasal transport..Ayu cadangkan naik bas diaorg...senang.....RM20 jer....