Ruam Lampin
Bagaimana ruam lampin boleh menyerang anak anda?
Ruam lampin terjadi disebabkan sentuhan kulit yang lama terhadap najis dan air kencing. Oleh itu ibu-ibu jangan biarkan anak-anak kita memakai lampin dalam masa yang lama.
Ini kerana najis boleh merosakkan permukaan kulit akibat geseran. PH air kencing dan najis tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan reaksi kulit.Bahagian yang ibu-ibu perlu perhatikan adalah bahagian punggung, sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.
CARA RAWATAN
Langkah yang terbaik iaitu mengelak dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yng rosak lebih sensitif kepada geseran. seboleh-bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai adalah yang mengandungi hydrocortisone(1-2%) yang disapu dua atau tiga kali.
Penjagaan Kebersihan
Perlu diingat ibu-ibu bayi berusia 6 bulan dan ke bawah tidak boleh dibiarkan memakai diaper melebihi 6 jam tanpa ditukar kerana bayi dibawah 6 bulan memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
Juga jangan menukar diaper anak anda melebihi 15 minit selepas membuang air besar. Galakkan anak anda yang berusia 2 tahun belajar menggunakan bilik air. Pemakaian diaper tidak seharusnya dilanjutkan.