Monday, March 21, 2011

Jom masak Sup Ayam yum3

Hari-hari buat sup ayam hihi..Ayukan baru lepas besalin hiihii
Jadi nak kongsi resipi sup ayam ngan kawan-kawan..
Mesti ada antara kekawan yang tersenyum tengok resipi yang ayu kongsi hari ini..
Disini jua ayu sertakan kebaikan sup ayam...

Kebaikan Sup ayam
  • Baik untuk ibu-ibu selepas bersalin..bisa mengembalikan tenaga.
  • Memperbanyakkan air susu buat ibu-ibu yaang menyusukan anak.
  • Menyejukkan badan yang panas..kekawan yang demam tu rajin2la makan sup supaya cepat sembuh.
  • Di dalam sup ayam terdapat nutrien dan vitamin yang mampu mempertahankan aktiviti sel darah putih.
  • Yang paling baiknya sup ayam mudah disediakan.
Sup Ayam


5 ulas bawah merah
3 ulas bawang putih


Sayur sawi
Lobak - dipotong ikut suka

Kentang - dipotong ikut suka
Gunakan beberapa ketul sayap ayam ikut suka(x payah potong)

Minyak zaitun ( banyak khasiatnya)
Daun Sup
Lada Hitam secukup rasa...
Jangan lupa bawang goreng..

Kisar bawang merah, bawang putih dan halia .. dan tumis dengan minyak Zaitun
setelah naik bau... masukkan ayam.. lobak... kentang...sayur sawi.. juga lada hitam yang ditumbuk...
Setelah mendidih.. masukkan garam secukup rasa...
Taburkan  bawang goreng sebelum dihidangkan hihi

Ayu nak nasihatkan kekawan cuba-cubalah memasak mengunakan minyak Zaitun..
Nak tau khasiat minyak Zaitun...Baca ni...

Khasiat minyak Zaitun
  • Minyak Zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. 
  • Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan)  
  • Digunakan untuk mengatasi masalah seksual 
  • Mengurangkan risiko sakit jantung 
  • Minyak zaitun adalah peseri wajah 
  • Menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. 


Dan Banyak lagillah kawan-kawan...hihihi










































    Comments
    0 Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Lilypie First Birthday tickers

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...