Bulan Pertama
Bayi baru lahir akan tidur sepanjang hari. Bayi anda tertarik pada bunyi dan mula mengecam.
perlihatan bayi masih kelihatan berbayang-bayang..hitam dan putih...
Bulan Kedua
Bayi boleh memegang benda dengan sendiri. Bayi boleh menoleh pada bunyi dan menangis bagi menunjukkan isyarat lapar, tidak selesa mahupun gembira...tidur mereka juga akan ada berjaga pada waktu malam dan akan lena selepas berjaga untuk minum susu.
Bulan Ketiga
Bayi kurang berjaga dan nangis pada waktu kecuali ingin menyusu dan selepas meyusu akan kembali lena.
Bayi kurang berjaga dan nangis pada waktu kecuali ingin menyusu dan selepas meyusu akan kembali lena.
bayi boleh menegakkan kepala dan cubaan ingin meniarap. Bayi mula mengagah,senyum dan kadang-kala tergelak haha...(x gigi)
Bulan Keempat
Bayi semakin cergas dan kuat bermain sentiasa mencuri perhatian anda. Bayi anda menyukai warna-warna terang. Bermain dan cubaan demi cubaan untuk meniarap dan merangkak.
Bulan Kelima
Bayi mula mengimbangi badan. Penguasaan belakang dan otot kaki membolehkan bayi mula untuk duduk dengan agak lama.Bayi mula dapat mengerakkan tangan dan mencapai sesuatu barang.
Bulan keenam
Bayi kini dapat duduk dengan mudah dan mula mengatur pengerakkan yang membawa kepada merangkak. Bayi sekarang sudah mula menyebut beberapa perkataan dan bunyi..
Bulan Ketujuh
Bayi sudak aktif merangkak dan sudah boleh memegang sesuatu barang dan menukarkan ke tangan sebelah lagi. Makan dengan sendiri sudah boleh dimulakan dan gigi sudah mula tumbuh.
Bulan Kelapan
Bayi usia ini mula belajar untuk berdiri dan pegerakkan bayi kini semakin aktif. Ibubapa kini kena lebih2 perhatian, agar tidak meletakkan barang2 bahaya yang boleh dicapai oleh bayi anda dan perhatikan tiap pergerakkan bayi anda untuk keselamatan.
Bulan Kesembilan
Bayi kini boleh merangkak dan mula berdiri dengan sendiri. Mula memahami arahan yang diberi oleh ibubapa.
Bulan Kesepuluh
Bayi kini mulakan langkah unyuk berjalan sekiranya kedua-dua tangannya dipegang. Bayi juga mula meyambung perkataan dengan gerak geri.
Bulan Kesebelas & Kedua belas
Bayi kini bijak boleh berdiri, duduk, memegang sesuatu barang dengan sendiri. Beberapa perkataan kini dapat kita dengar dari mulut bayi anda mengikut usaha ibubapa mendidik.
Bayi kini bijak boleh berdiri, duduk, memegang sesuatu barang dengan sendiri. Beberapa perkataan kini dapat kita dengar dari mulut bayi anda mengikut usaha ibubapa mendidik.