Friday, July 20, 2012

Kek Cheese

Kek Cheese

Sempena hari lahir suami yang jatuh pada 6 Julai yang lalu Ayu buatkan kek cheese kesukaan Ayu sendiri. Suami Ayu tak berapa suka makan kek jadi ikut suka Ayu la nak buatkan kek birthday jenis apa hihi. Oleh kerana Ayu ni peminat no 1 kek cheese tu yang buat tu. Bertambah- tambah semangat nak buat apalagi sempena hari lahir suami semangat tu membara sangat hihi...

Mudah sahaja hihi tak perlu tengok resipi da ada dalam otak dan hati..happy sangat dapat buat sesuatu di hari lahir suami.. Dan Allah SWT bagi segar kenangan ngan resipi2 segar dalam ingatan..

Mulakan dengan basmallah..

Kek cheesee Ayu


Sediakan loyang.. Jangan terlalu besar macam loyang Ayu ni
Apa jenis biskut.. Biskut marie lagi sedapla..Dalam 250g hancurkan...
100g mentega tanpa garam cairkan dan adun sebati dalam biskut yang dihancurkan tadi..
Gaul dan rata di dasar loyang anda sepadat2 yang dapat..dan masukkaan ke dalam peti sejuk selama 30 minit...
Sebelum tu balut loyang anda mengunakan aluminium foil atau pun kertas minyak.. Mudah untuk mengeluarkan kek dari loyang...


Gambar di atas adalah 15g gelatin dan 100ml air double boilkan sambil kacau sehinggah gelati benar2 mencair...sejukkan selama 5minit sebelum di masukkan ke dalam adunan krim cheese..


Pukul whipping krim sehingga kembang..
Tak perlu pukul terlalu lama sangat kerana akan merosakkan krim..
Pukul selama seminit dalam mode pemutar yang tinggi..
Sudah kembang ketepikan..


Menggunakan bekas lain pukul pulak 250g krim cheese, 150g gula halus..
Bagi sebati adunan gula dan krim cheesee..
Masukkan cairan gelatin..
Pukul sehingga sebati..
Tutup mesin pemutar gunakan sudu kayu.. Sudu apa pun boleh..
Masukkan adunan tadi kedalam adunan whipping krim..
Kacau menggunakan sudu sehingga rata..


Tuangkan kedalam loyang kita..siap..
Masukkan kembali ke dalam peti sejuk...
Beku dingin dalam 3-4 jam sebelum boleh dimakan...

Nak tengok hasilnya..
Tunggu....

1 jam
2 jam
3 jam
4 jam



Kek ni da di hias2 Ayu dengan coklat masakkan..
Loyang Ayu telalu besar..tu yang nampak nipis sangat kek cheese...
Ini adala cobaan pertama.. Harap kawan2 pun cubalah..
Warnai hari2 kita dengan sesuatu yang baru...


Selamat ulangtahun kelahiran dear papa.. dr Ayu n Ammal muaahhh

Maap kalu ada silap dan kataa...

Sampai ketemu lagi..


Selamat mencuba

Posted via DraftCraft app

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...