Wednesday, April 6, 2011

Botox Ikan Ibu MertuaKu

Resipi ini memang resipi ibu mertuaku dah nama pun botox ikan ibu mertuaku hihi...
Nama sebenar resipi ni botok2 tapi saja ayu suka BOTOX kan nama resipi ni..
Mesti kekawan pun suka..Awet muda jadi muda selepas makan hihi..
Nyaman kalu tak caya cuba...
Harap3 resipi ni boleh mengalirkan air liur yang banyak...
Sekali-sekala tu cubala resipi berbeza..nampak rumit tapi mudah dan meyeronokkan hihi..
Ajak adik ke jiran ke sama buat pasti meyeronokkan dan dapat juga megeratkankan hubungan...


selamat mencuba..

Botox Ikan ibu mertuaku

Bahan yang perlu dihiris halus
Daun kunyit
Daun mengkudu
Daun selasih

Bahan yang perlu ditumbuk 
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serai
Lengkuas

Bahan lain
Ikan ikut suka sebaiknya ikan tenggiri...
Serbuk kari
Cili giling
Asam jawa
Serbuk perasa

Cara memasaknya
Gorengkan bahan yang ditumbuk tadi...
Masukkan cili giling dan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan air..
Masukkkan bahan yang dihiris tadi ke dalam bahan yang digoreng..
Tambahkan air asam jawa dan perasa..
Sehingga bahan yang dihiris tadi layu (masak) dan cukup rasa..
Angkat setelah masak dan sejukkan..

Cara membungkusnya
Susun 3 helai daun mengkudu
Lapisan pertama letakkan bahan goreng tadi...
Selepas itu letakkan ikan diatas bahan goreng tadi
Tutup semula ikan menggunakan bahan goreng lagi..
Selesai bolehlah dibungkus seperti bungkus nasi lemak..
kukuskan selama 45minit..
Setelah masak bolehlah dihidangkan...

Selamat menjamu selera...

1 comment:

  1. nak amik resepi leh tak....
    nak try msk la... mcm best. dulu penah rasa tp dah lama tak rasa ni...

    ReplyDelete

Lilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...