Showing posts with label Permasalahan bayi dan penjagaan kesihatan anak.. Show all posts
Showing posts with label Permasalahan bayi dan penjagaan kesihatan anak.. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Menarik Perhatian Bayi Anda Untuk Meminum Susu Formula

Masalah Bayi Menolak Susu Formula Dan Cara Mengatasinya.

Permasalahan yang Ingin AYu kongsikan bersama adalah tentang anak yang tidak mahu menyusu menggunakan botol susu yang berada di pasaran setelah meningkat umur setahun.Dalam erti kata lain bayi yang tidak suka menyusu susu formula kerana memilih breast feeding.

Bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas memerlukan makanan tambahan untuk    Tumbesaran yang  efektif . Susu yang mengandungi DHA dan omega3 membantu otak  berhubung dan bertenaga menjalani hari-hari lasak mereka.
 
Bayi yang mencapai umur setahun memerlukan makanan tambahan kerana mereka mula aktif  berjalan dan bermain. Ini membuatkan mereka cepat lapar. Anak anda akan menangis sekiranya mereka lapar.

Disini AYu  berkongsi  cara menarik minat bayi anda untuk beralih arah hihi

Cara pertama bagi cuba minum air dalam kotak menggunakan straw ataupun penyedut dengan kawalan anda..

Biar anak anda berkenal3 dlu ngn penyedut


Beli seberapa banyak botol yang mempunyai penyedut...untuk menarik minta anak anda..

Kembali dengan berjinak3 memberi minuman kotak mahupun susu dalam kotak untuk permulaan. Berikan juga air kosong dalam botol straw seperti dalam gambar di bawah.




Dalam masa anda mencuba untuk mengajar anak- anak minum susu melalui botol berstraw. Penjagaan kebersihan juga perlu di utamakan..
Disini Ayu ada menunjukkan alatan pembersihan straw kerana seperti yang anda tahu bahayanya sisa susu yang termakan oleh bayi anda..bersamalah kita beringat selalu.
Dapatkan berus untuk menyuci penyedut minum terutama selepas digunakan untuk membuat susu formula kerana sisa basi susu di dalam penyedut sukar di lihat oleh mata kasar. Gunakan sabun pembersih botol pureen dan jangan lupa rendam dalam air suam..

Selamat mencuba dan bersamala menjaga kesihatan anak-anak kita

Posted via DraftCraft app

Tuesday, May 3, 2011

Bayi Ayu Da Kuat Nangisla Huhu


Emal da pun berusia 3bulan pada 25April lalu...
Huuh....semakin pintar semakin cergas dan yang paling mengejutkan..
Emal kuat nangis daaa...

Buat ibu-ibu...juga papa-papa...
Jangan risau tentang tangisan bayi anda..

Fakta tentang tangisan bayi...
Tangisan adalah salah satu cara bayi-bayi anda untuk berkomunikasi dengan anda ..wahai ibu ..wahai papa..
Melalui tangisan bayi anda menunjukkan ketidakselesaan yang di alami oleh mereka..
Juga salah satu cara menarik perhatian anda....

Dengan itu ibu jua papa..
Agar lebih peka dengan tangisan bayi anda ye...
Dan beri perhatian dan fahamilah setiap tangisan yang mereka keluarkan..
semoga kita semua berbahagia bersama bayi-bayi kita...
Dan semoga bayi-bayi kita sihat selalu..

Thursday, April 21, 2011

Permasalahan Bayi Baru Lahir


Jaundis Neonatal

Jaundis Neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirudin di dalam darah di kalangan bayi.


Apa menyebabkan Jaundis Neonatal?

Faktor umum
  • Bayi premature
  • Kurang air
  • Darah yang terminum oleh bayi ketika proses kelahiran.
Pemecahan darah
  • Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi. ABo atau Rhesusu incompatibility.
Jangkitan kuman.
  • Jangkitan otak
  • Jangkitan salur kencing
  • Jangkitan dalam kandungan :  herpes, cmv
Kesan metabolik
  • Kurang hormon tiroid
  • Galaktosemia

Rawatan Jaundis Neonatal

Fototerapi
  • Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.
Exchange Transfusion (ET) 
  • Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.

Thursday, April 14, 2011

Perkembangan Bayi 01- 12 bulan


Bulan Pertama
Bayi baru lahir akan tidur sepanjang hari. Bayi anda tertarik pada bunyi dan mula mengecam.
perlihatan bayi masih kelihatan berbayang-bayang..hitam dan putih...

Bulan Kedua
Bayi boleh memegang benda dengan sendiri. Bayi boleh menoleh pada bunyi dan menangis bagi menunjukkan isyarat lapar, tidak selesa mahupun gembira...tidur mereka juga akan ada berjaga pada waktu malam dan akan lena selepas berjaga untuk minum susu.

Bulan Ketiga
Bayi kurang berjaga dan nangis pada waktu kecuali ingin menyusu dan selepas meyusu akan kembali lena.
bayi boleh menegakkan kepala dan cubaan ingin meniarap. Bayi mula mengagah,senyum dan kadang-kala tergelak haha...(x gigi)

Bulan Keempat
Bayi semakin cergas dan kuat bermain sentiasa mencuri perhatian anda. Bayi anda menyukai warna-warna terang. Bermain dan cubaan demi cubaan untuk meniarap dan merangkak.

Bulan Kelima
Bayi mula mengimbangi badan. Penguasaan belakang dan otot kaki membolehkan bayi mula untuk duduk dengan agak lama.Bayi mula dapat mengerakkan tangan dan mencapai sesuatu barang.

Bulan keenam
Bayi kini dapat duduk dengan mudah dan mula mengatur pengerakkan yang membawa kepada merangkak. Bayi sekarang sudah mula menyebut beberapa perkataan dan bunyi..

Bulan Ketujuh
Bayi sudak aktif merangkak dan sudah boleh memegang sesuatu barang dan menukarkan ke tangan sebelah lagi. Makan dengan sendiri sudah boleh dimulakan dan gigi sudah mula tumbuh.

Bulan Kelapan
Bayi usia ini mula belajar untuk berdiri dan pegerakkan bayi kini semakin aktif. Ibubapa kini kena lebih2 perhatian, agar tidak meletakkan barang2 bahaya yang boleh dicapai oleh bayi anda dan perhatikan tiap pergerakkan bayi anda untuk keselamatan.

Bulan Kesembilan
Bayi kini boleh merangkak dan mula berdiri dengan sendiri. Mula memahami arahan yang diberi oleh ibubapa.
Bulan Kesepuluh
Bayi kini mulakan langkah unyuk berjalan sekiranya kedua-dua tangannya dipegang. Bayi juga mula meyambung perkataan dengan gerak geri.

Bulan Kesebelas & Kedua belas
Bayi kini bijak boleh berdiri, duduk, memegang sesuatu barang dengan sendiri. Beberapa perkataan kini dapat kita dengar dari mulut bayi anda mengikut usaha ibubapa mendidik.


Tuesday, April 5, 2011

Tidur Terbaik Bayi Anda


Bayi baru lahir hingga berusia 3 bulan
Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur yang terbaik selama 16-20jam....
Jangkamasa antara 1.30 hingga 5-6jam pada siang hari..



3 hingga 6 bulan
Bayi seusia ini akan memerlukan tidur selama 14-15 jam keseluruhannya...
Tidur 6-8 jam pada setiap malam..

6 hingga2 bulan
Kanak-kanak dalam usia ini hanya akan tidur sejam atau 2jam setiap pagi dan petang..
Manakala malam mereka akan tidur dalam tempoh selama 12jam..

1 hingga 3 tahun
Dalam usia ini kanak-kanak hanya akan tidur 3jam kalau dikumpul dalam pagi hingga petang...
Masa tidur yang diperlukaan oleh kanak-kanak seusia ini adalah 10-13jam..

Friday, March 25, 2011

Jom mengetahui kebaikan dan cara mengurut bayi anda

Tahukah ibu-ibu jua para bapa bagaimana mengurut bayi kesayangan kita dan apakah pula kebaikannya???
Menurut kajian klinikal para pakar menegaskan urutan memberikan kesan positip kepada anak-anak kita.
Alhamdulillah hari ini masuk 2 bulan umur anak kesayangan ayu. Ayu memang lakukan urutan pada anak kesayangan ayu tu tiap kali selepas mandi..
Antara kebenaran yang ayu nampak bayi kita sihat, cergas dan paling mengejutkan tumbesarannya cepat..
Masih ayu ingat genap sebulan pergi klinik nurse di sana pikir bayi ayu sudah 3 bulan hihi..
Alhamdulillah...


Kebaikan urutan bayi

  • Urutan bayi membantu pembesaran fizikal bayi 
  • menguatkan otot-otot dan memperbaiki motor pergerakan
  • berat bayi bertambah 47% 
  • Urutan bayi menguatkan ketahanan tubuh badan 
  • bayi jarang mengalami simptom jatuh sakit 
  • Urutan bayi membina keyakinan diri bayi anda
Bagaimana pula cara urutan bayi ???

Jom layan video ini dan marilah kita pelajari serta amalkan untuk kebaikan bayi kita bersama..



Monday, March 14, 2011

Info Berguna Penjagaan Bayi Kesayangan Anda

Cuci Dalam Mulut Bayi 


Bunyi macam membimbangkan jiwa dan raga ibu-ibu kan..itu yang aku rasakan...
Dalam hati aku berkata da nak masuk 2 bulan sudah anak aku belum pernah cuci dalam mulut dear...(cuci biasa2 taklah sampai korek dalam mulut..seram bunyinya)
Risau tersangatlah hati..Cari info dalam internet. Dalam masa yang sama aku terpikir zaman datuk moyang kita dlu ada ke cuci mulut ni hidup jua hihi sempat buat lawak bagi pujuk2 hati( sayangilah diri anda ) walau dalam hati berdebar seribu bahasa...


selepas baca info kat internet aku ambil keputusan dan memilih untuk bagi minum bayi kesayangan ku air kosong selepas menyusu.. Kerana cara itu lah nenek datuk moyang kita hidup.. Dan petua ni pun datang dari dorg...tak lah sakit atau meraung bayi anda kena korek mulut.. Dan yang paling penting DOA untuk yang tersayang...

Tidur BerBantal ke Tidak?

Lahir bayi aku memang bagi dear berbantal tidur tapi selepas baca info kat internet sebaiknya tidak berbantal..Aku cuba... Nampaknya bayi ku pun suka tidur sudah dear..Alhamdulillah
tapi terpulang pada anda nak bagi bantal kat bayi anda ke tak.. Yang paling penting pemerhatian sepanjang malam pada bayi agar keselamatan dan keselesaannya terjamin...InsyaAllah

Saturday, March 12, 2011

Ruam Lampin

Ruam Lampin

Bagaimana ruam lampin boleh menyerang anak anda?

Ruam lampin terjadi disebabkan sentuhan kulit yang lama terhadap najis dan air kencing. Oleh itu ibu-ibu jangan biarkan anak-anak kita memakai lampin dalam masa yang lama.
Ini kerana najis boleh merosakkan permukaan kulit akibat geseran. PH air kencing dan najis tidak sesuai dengan permukaan kulit menyebabkan reaksi kulit.Bahagian yang ibu-ibu perlu perhatikan adalah bahagian punggung, sekeliling kemaluan dan bahagian atas paha.


CARA RAWATAN

Langkah yang terbaik iaitu mengelak dari memakaikan lampin kepada bayi. Ini kerana permukaan kulit yng rosak lebih sensitif kepada geseran. seboleh-bolehnya biarkan bayi tanpa lampin dengan menutup bahagian kemaluan dan punggung dengan kain yang lembut dan longgar. Krim yang sesuai adalah yang mengandungi hydrocortisone(1-2%) yang disapu dua atau tiga kali.


Penjagaan Kebersihan

Perlu diingat ibu-ibu bayi berusia 6 bulan dan ke bawah tidak boleh dibiarkan memakai diaper melebihi 6 jam tanpa ditukar kerana bayi dibawah 6 bulan memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.

Juga jangan menukar diaper anak anda melebihi 15 minit selepas membuang air besar. Galakkan anak anda yang berusia 2 tahun belajar menggunakan bilik air. Pemakaian diaper tidak seharusnya dilanjutkan.




Lilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...