Thursday, March 24, 2011

Putu Ayu

Sempena nama ayu... jom kekawan cuba buat kueh putu ayu. Memang tak susah...
Tak rugi buat kueh ni sedap tau dan mudah dibuat... cuma yang lecehnya kueh ni perlu dikukus..
Tapi kalau kekawan punya alatan yang cukup tak jadi masalah nak buat...

Jom buat kueh Putu Ayu

BAHAN-BAHAN:
- 220 gram tepung gandum
- 5 biji telur( sebaiknya telur yang sejuk-baru keluar dari petisejuk )
- 250 gram gula
- 150 ml santan + 1 sudu teh pes pandan + sedikit pewarna hijau
- ½ sudu teh baking powder
- Sedikit kelapa parut+ secubit garam

CARA-CARANYA:
1) Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali kelapa parut. Kacau sebati.
2) Masukkan kelapa parut tadi kedalam acuan putu ayu, tekan supaya padat. Kemudian masukkan adunan yang telah dipukul sebati tadi.
3) Kukus selama 15-20 minit.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera bersama yang tersayang...

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

Lilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...