Sunday, October 7, 2012

Puding Roti Karamel

Kegemaran yang tersayang...


Selamat hari ahad.. Tengahari tadi kita ada buat Sambal Ibu Mertuaku.. Nak sharekan u all harap adalah yang nak cuba.. Resipi sambal lain dari yang lain dan mudah...

Anda cuma perlukan cili, ikan bilis, belacan..
Tumbuk lumat dan hidangkan..
Mudahkan, sesekali kita kena pelbagaikan cecahan anda...


Tertarikkan nak buat enak untuk cecahan ulam-ulaman, sambal ni juga sesuai d makan bersama nasi maupun bubur yum3....

Maap yee lari dari tajuk lah pulak..
Sebenarnya hari ni kita nak share puding roti karamel kegemaran suami Ayu..
Selalu kita kukuskan puding roti tapi kali ni kita buat bakarla pulak yee...

Bahan karamel

40g gula

Bahan dikisar

1 sudu tepung kastad
50ml air panas
80g gula
250 susu sejat
5 keping roti bantal
3 biji telur
Sesudu teh vanilla

Mula2 anda masakkan 40g gula sehingga kuning tambahkan sedikit air panas
Kemudian letakkan ke dalam loyang

Kisarkan bahan kisar

Masukkan kedalam loyang

Panas Oven 170c puding kita masak menggunakan teknik steam bake..
Tray anda letakkan air dan letakkan loyang d atas tray yang ada air tu masak selama 45 minit..



Setelah masak masukkan ke dalam peti sejuk selama 11/2jam...

Selamat menjamu selera

Posted via DraftCraft app

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...