Sunday, October 7, 2012

Puding Roti Karamel

Kegemaran yang tersayang...


Selamat hari ahad.. Tengahari tadi kita ada buat Sambal Ibu Mertuaku.. Nak sharekan u all harap adalah yang nak cuba.. Resipi sambal lain dari yang lain dan mudah...

Anda cuma perlukan cili, ikan bilis, belacan..
Tumbuk lumat dan hidangkan..
Mudahkan, sesekali kita kena pelbagaikan cecahan anda...


Tertarikkan nak buat enak untuk cecahan ulam-ulaman, sambal ni juga sesuai d makan bersama nasi maupun bubur yum3....

Maap yee lari dari tajuk lah pulak..
Sebenarnya hari ni kita nak share puding roti karamel kegemaran suami Ayu..
Selalu kita kukuskan puding roti tapi kali ni kita buat bakarla pulak yee...

Bahan karamel

40g gula

Bahan dikisar

1 sudu tepung kastad
50ml air panas
80g gula
250 susu sejat
5 keping roti bantal
3 biji telur
Sesudu teh vanilla

Mula2 anda masakkan 40g gula sehingga kuning tambahkan sedikit air panas
Kemudian letakkan ke dalam loyang

Kisarkan bahan kisar

Masukkan kedalam loyang

Panas Oven 170c puding kita masak menggunakan teknik steam bake..
Tray anda letakkan air dan letakkan loyang d atas tray yang ada air tu masak selama 45 minit..



Setelah masak masukkan ke dalam peti sejuk selama 11/2jam...

Selamat menjamu selera

Posted via DraftCraft app

Tuesday, September 25, 2012

Mee Goreng Ammal

Mee goreng mudah untuk anak anda


Kita perlukan tukang masak dan tukang makan....


Haa da ada tukang masak dan tukang makan...
Tukang masaknya ibulah takkan ammal kan...
Tukang makan ibu n ammal la... Papa jua...

Bahan2 mudah


Bawang... Telur.... Udang kering...
Dan bahan perasa....


Semestinya mee kuning or u all panggil mee gemuk hihi


Bahan pewarna hihi
Kicap pekat manis... Kicap manis.... Kicap cair masin...


Bahan tambahan ikut suka.....

Selamat memasak.....
Goreng ikut suka hari di mulakan dengan basmallah...


Posted via DraftCraft app

Friday, July 20, 2012

Kek Cheese

Kek Cheese

Sempena hari lahir suami yang jatuh pada 6 Julai yang lalu Ayu buatkan kek cheese kesukaan Ayu sendiri. Suami Ayu tak berapa suka makan kek jadi ikut suka Ayu la nak buatkan kek birthday jenis apa hihi. Oleh kerana Ayu ni peminat no 1 kek cheese tu yang buat tu. Bertambah- tambah semangat nak buat apalagi sempena hari lahir suami semangat tu membara sangat hihi...

Mudah sahaja hihi tak perlu tengok resipi da ada dalam otak dan hati..happy sangat dapat buat sesuatu di hari lahir suami.. Dan Allah SWT bagi segar kenangan ngan resipi2 segar dalam ingatan..

Mulakan dengan basmallah..

Kek cheesee Ayu


Sediakan loyang.. Jangan terlalu besar macam loyang Ayu ni
Apa jenis biskut.. Biskut marie lagi sedapla..Dalam 250g hancurkan...
100g mentega tanpa garam cairkan dan adun sebati dalam biskut yang dihancurkan tadi..
Gaul dan rata di dasar loyang anda sepadat2 yang dapat..dan masukkaan ke dalam peti sejuk selama 30 minit...
Sebelum tu balut loyang anda mengunakan aluminium foil atau pun kertas minyak.. Mudah untuk mengeluarkan kek dari loyang...


Gambar di atas adalah 15g gelatin dan 100ml air double boilkan sambil kacau sehinggah gelati benar2 mencair...sejukkan selama 5minit sebelum di masukkan ke dalam adunan krim cheese..


Pukul whipping krim sehingga kembang..
Tak perlu pukul terlalu lama sangat kerana akan merosakkan krim..
Pukul selama seminit dalam mode pemutar yang tinggi..
Sudah kembang ketepikan..


Menggunakan bekas lain pukul pulak 250g krim cheese, 150g gula halus..
Bagi sebati adunan gula dan krim cheesee..
Masukkan cairan gelatin..
Pukul sehingga sebati..
Tutup mesin pemutar gunakan sudu kayu.. Sudu apa pun boleh..
Masukkan adunan tadi kedalam adunan whipping krim..
Kacau menggunakan sudu sehingga rata..


Tuangkan kedalam loyang kita..siap..
Masukkan kembali ke dalam peti sejuk...
Beku dingin dalam 3-4 jam sebelum boleh dimakan...

Nak tengok hasilnya..
Tunggu....

1 jam
2 jam
3 jam
4 jam



Kek ni da di hias2 Ayu dengan coklat masakkan..
Loyang Ayu telalu besar..tu yang nampak nipis sangat kek cheese...
Ini adala cobaan pertama.. Harap kawan2 pun cubalah..
Warnai hari2 kita dengan sesuatu yang baru...


Selamat ulangtahun kelahiran dear papa.. dr Ayu n Ammal muaahhh

Maap kalu ada silap dan kataa...

Sampai ketemu lagi..


Selamat mencuba

Posted via DraftCraft app

Friday, June 29, 2012

Samudra Court

Datanglah Melancong


Hari jumaat malam sabtu terasa tekak nak makan sesuatu yang sedap sambil berbual-bual dengan rakan. Destinasi yang ingin Ayu kongsikan hari ini tempat makan merangkap hotel juga. Samudra Court terletak dikawasan Satok, Kuching Sarawak. Tak jauh dari pasar minggu jadi sangat sesuailah kepada sahabat-sahabat yang ingin bercuti di Kuching Sarawak. Bercerita tentang makan pulak memang berbaloi, sedap dan cepat..
Tersedia juga penyanyi yang mendendangkan lagu semasa kami sedang menikmati makan malam.. Dapat anda bayangkan... Tak dapat bayangkan anda tengok gambar di bawah hihi


Cubalah datang Kuching Sarawak, dan pergi menginap di Samudra Court ada pasti puas hati...





Penginapan di Samudra Court amat berbaloi harganya dengan kawasan strateginya Wisma Satok, Pasar Minggu Satok, Kedai Sepanjang Satok juga seronok di lawati. Harga memang menarik dan bilik pun selesa selepas seharian anda berjalan-jalan sambil membeli-belah. Senarai harga bilik dekat Samudra Court seperti berikut :

Superior Single
Rm130.00

Superior Double
Rm140.00

Deluxe Double
Rm150.00

Delixe Triple
Rm170.00

Family Room
Rm190.00

Datanglah bercuti di Kuching Sarawak...

Semoga bertemu lagi..

Posted via DraftCraft app

Tuesday, June 26, 2012

Menarik Perhatian Bayi Anda Untuk Meminum Susu Formula

Masalah Bayi Menolak Susu Formula Dan Cara Mengatasinya.

Permasalahan yang Ingin AYu kongsikan bersama adalah tentang anak yang tidak mahu menyusu menggunakan botol susu yang berada di pasaran setelah meningkat umur setahun.Dalam erti kata lain bayi yang tidak suka menyusu susu formula kerana memilih breast feeding.

Bayi yang berumur 6 bulan dan ke atas memerlukan makanan tambahan untuk    Tumbesaran yang  efektif . Susu yang mengandungi DHA dan omega3 membantu otak  berhubung dan bertenaga menjalani hari-hari lasak mereka.
 
Bayi yang mencapai umur setahun memerlukan makanan tambahan kerana mereka mula aktif  berjalan dan bermain. Ini membuatkan mereka cepat lapar. Anak anda akan menangis sekiranya mereka lapar.

Disini AYu  berkongsi  cara menarik minat bayi anda untuk beralih arah hihi

Cara pertama bagi cuba minum air dalam kotak menggunakan straw ataupun penyedut dengan kawalan anda..

Biar anak anda berkenal3 dlu ngn penyedut


Beli seberapa banyak botol yang mempunyai penyedut...untuk menarik minta anak anda..

Kembali dengan berjinak3 memberi minuman kotak mahupun susu dalam kotak untuk permulaan. Berikan juga air kosong dalam botol straw seperti dalam gambar di bawah.




Dalam masa anda mencuba untuk mengajar anak- anak minum susu melalui botol berstraw. Penjagaan kebersihan juga perlu di utamakan..
Disini Ayu ada menunjukkan alatan pembersihan straw kerana seperti yang anda tahu bahayanya sisa susu yang termakan oleh bayi anda..bersamalah kita beringat selalu.
Dapatkan berus untuk menyuci penyedut minum terutama selepas digunakan untuk membuat susu formula kerana sisa basi susu di dalam penyedut sukar di lihat oleh mata kasar. Gunakan sabun pembersih botol pureen dan jangan lupa rendam dalam air suam..

Selamat mencuba dan bersamala menjaga kesihatan anak-anak kita

Posted via DraftCraft app

Saturday, June 23, 2012

Cabar Diri Mengubah Bunga

Wanita dan Bunga.

Hari ni keluar ngn kawan p kedai bunga....
Macam3 jenis jambangan bunga siap menanti..
Bunga bujur / panjang itu yang kami cari...
Rakan Ayu membeli jambangan bunga betema Merah..
Gubahan bunga bujur/ panjang siap gubah bernilai rm40++
Ayu pulak masih berfikir nak yang siap atau Ayu nak cabar diri..
Experimen mengubah bunga..
Ayu minat kerja mengubah bunga tapi tidak mempunyai kemahiran..
Dalam masa berfikir Ayu ambil keputusan untuk mencabar diri..

Dan inilah bahan yang Ayu beli dan mula mengubah

Seperti yang anda lihat span dan tapak plastik hitam Ayu gamkan agar berpautan memudahkan pengubahan dan bunga dapat kedudukan stabil..


Mulakan mengubah yakin diri setiap orang punya imaginasi mengubah bunga dengan indah seindahnya.. Pelik sekali caba dan cuba..macam ayu la mau sejam di ambil mengatur bunga.
Paling penting jangan berputus asa.. Cabar diri cabar otak berfikir menyelesaikan aktiviti terbaru kita menjelang aidilfitri.


Setelah sejam berperang nak hancur span dia buatnya hihi asyik3 salah...
Percaya mata anda..
Percaya hati anda...
Cuba dan cuba...
Cuba sesuatu yang baru setiap hari....


Hasilnya....
Kita dapat kemahiran..
Rumah pun cantik..
Bukan itu saja kita pun dapatlah bejimat sikit..
Ataupun ada bunga lama tu boleh anda kreatifkan lg...

Tips hari ini rumah cantik, jimat pulak tu yang paling penting kemahiran diri dapat di serlahkan.

Selamat mencuba...

Kongsian Idea Kecantikkan

Pilihan Di Tangan Anda...


Hargai apa yang dimiliki...
Pelihara keindahan yang dikurniakan Allah SWT...
Kongsian hari ni adalah idea kecantikkan luar dan dalam..

Perkongsian Pertama adalah makanan tambahan yang dia perlukan oleh kulit anda...
Perhatikan gambar....

Ya..Safi Rania Gold...

Mempunyai nutrisi yang kulit anda perlukan

Menganjakkan kulit agar sentiasa tampak muda

Menghilangkan garis halus hasil dari menuaan

Menghilang jeragat serta tona kulit tidak sekata

Mencerahkan kulit

Awet muda

Anda cuba dan anda akan rasa perubahan yang anda inginkan..

Anda cuma perlu percaya dan mencuba trial Safi Rania Gold untuk siang dan malam yang telah tersedia di pasaran. Sudah pasti ini adalah khabaran baik kepada sahabat-sahabat di luar sana..
Selamat mencuba...

Makanan tambahan yang ingin dikongsikan bersama adalah U-Queen. Makanan tambahan yang disediakan untuk kesihatan dalaman mencantikkan luaran seorang wanita..
Mampu beli...
Segerala ke tokoh ubat... Untuk merasakan perbezaan serta kebaikkan dari 17 sumber alam antaranya :

1. Daun sireh
2. Goji
3. Habbatus sauda
4. Kacip Fatimah
5. Buah Manjakani
6. Betik
7. Psyllium Husk
8. Ubi Bidadari Putih
9. Roselle
10. Acerolla Cherry
11. Asam Jawa
12. L -Ghulatathione
13. Guarana
14. Honey Bee
15. Tomato
16. Nenas
17. Kolegan Marin

U- Queen terbukti untuk :

Menbekalkan tenaga dalaman dan luaran

Membantu mengencangkan payudara

Membantu mengangkat punggung

Membantu melewatkan Menopouse

Mengatasi masalah berat badan

Mencerahkan kulit secara semulajadi

Membantu mengeratkan hubungan suami isteri

Membantu mengatasi masalah peranakan longgar dan berair

Menaikkan seri wajah dan awet muda

Membantu mengecutkan libroid, cysts, dan endometriosis

Membantu melancarkan dan membersihkan darah

Membantu membuang toksid,lemak dan angin dalam badan




selamat mencuba hihi

Thursday, June 21, 2012

Puding Mudah

Bahan-bahannya

Cara mudah membuat puding..
Bahannya perhatikan gambar sahaja hihi


Masukkan bahan tadi ke dalam periuk dan masak..Biarkan mendidih..
Perhatikan bahan tambahan telur,pewarna hijau, dan sedikit gula ikut suka...


Sudah siap...
Sekarang anda boleh masukkan kedalam gelas plastik...
Seperti d bawah


Sudah boleh dimasukkan ke peti ais....

Selamat mencuba !!

Wednesday, June 20, 2012

Ambil Gambar

Testing
Khusyuk bermain...

Ammal Cuci-Cuci Sdn. Bhd.

Cuma santai jer..Ammal dengan penuh semangat yang amat berkobar-kobar membasuh tayar keretanya dalam keadaan yang amat seksi gitu....

Saksikanlah sendiri untuk tontonan dewasa sahaja...


Sini plak... : )

Banyak sangat kekotoran rupanya....

Well begitulah sepetang bersama Ammal dan keretanya......

P/S Naiklah bil air bulan nih huhuhu

Wednesday, May 30, 2012

Cubaan Hidup Cabaran melewati hari2 yg mendatang memberi kebaikan sekiranya dijalani dengan ikhlas. Percaya atau tidak cabaran sehari Harian memberi kekuatan keyakinan kepada kita!!! Kesakitan mengalami cabaran sehari harian membuntuhkan kita Percaya kita mampu melaluinya walau dengan apa cara sekali pun dengan senyuman Dan tekad tiada yang mampu menghalang kita untuk terus maju dan Sebagai diri kita sendiri penjagaan kesihatan kecantikan seiring. Akal yang dianugerahi oleh yang maha pencipta mampu kita gunakan dengan sebaiknya, kata putus asa tiada kenal kepada diri kita. Kekuatan dari segi fizikal maupun mental pemangkin kejayaan kita selamanya!!!! Untuk menghadapi cabaran kita seharian. Kita juga perlu mempunyai tempat besandar hargailah mereka disekeliling kita yang banyak membantu, menyokong, memahami, menyayangi dan bersama menghadapi cabaran. Pasti anda selalu bahagia kerna tau menghargai.... Terima kasih Huhuhu!!!!!

Sunday, April 8, 2012

Tip Cantik Hari Ini

Tip Cantik Hari Ini( sapa rajinn bc hihi)

Sihat

Kalau kita sihat dapatlah berdandan. Itu penting kita sihat..otak cergas macam3 idea kita memperindkan diri bukan saja dari segi fizikal maupun mental...Aku mmg malas bab mempercantikkan diri.. Tapi bila sedar diri ini isteri jua ibu..Aku mesti tampak anggun untuk dorg.. Terutama untuk suami.. Pahala tau kita memperindahkan diri khusus buat Dear hihi Alhamdulilla..
  • Buat teman2 yang mampu dan yang tak mampu (xcayala..mesti mampu) cuba usahakan untuk mendapakan produk kesihatan yg memberikan tenaga, kecantikan jg kesihatan.. Kerna dalam kita menjaga kecantikan kita akan dapat menjaga kesihatan kita dan kita mampu melakukan kerja3 seharian kita dengan yakin.. kerna kita percaya kita da melakukan sesuatu yang terbaekk utk diri kita.    
Penampilan Diri

Sebut perkataan ni apa tebayang d pikiran kita??? D sini aku khususkannya tentang pakaian..
Ada teman pernah berkata dia malas nak beli pakaian kalu hanya sehelai... Tapi kadang kala itula kemampuan kita..Dengan tabiat mcm ni kita akan ada pakaian yg terhad n berulang3..
Dan akan timbul rasa rendah diri n tidak berkeyakinan.. Bukan aku nak menghasut tp kebenaran.. Walau sehelai setidak3nya kita mampu memiliki bnyk pilihan..

  • Jd otak kita kerna cergas..Berbelanja dengan cermat. Jangan ada sifat ketidakyakinan dan selalu3la kreatif dlm berpakaian tp jangan over kelak jadi kereta berhias plak hihi

Rindu

8 April 2012

Tak tahu hari ni tengah3 main fb sambil3 rounds blog kekwn.. Rindu plak ngan blog diriku..
Super spontan..Harap dapat menghidupkan kembali blog aku... Berkongsi harap bermanfaat..


Kita tidak mungkin menjd lebi baek selagi tidak berusaha.. Dengki dgan kejayaan org laen dgn berusaha dan mnjd yg lebi tebaekkkk... InsyaAllah....


Penat lelah hari ney bahagia jua.. perbelanjaan sll dlam kepala org yang bertanggungjawab, aku selalu memikirkn apa yg arg laen pikir.. apa org laen kata. Sebenarnya tak perlu tp yang penting kita buat yang terbaekk.. aku lagi perlu usaha n istiQomah (bg ganas ckit bunyi br semmanggat hihi)


Selamat menceriakan hari3 blog ney hihi 








         


                                 
Lilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...