Thursday, April 21, 2011

Permasalahan Bayi Baru Lahir


Jaundis Neonatal

Jaundis Neonatal terjadi bila ada kekuningan pada kulit akibat pemendapan bilirudin di dalam darah di kalangan bayi.


Apa menyebabkan Jaundis Neonatal?

Faktor umum
  • Bayi premature
  • Kurang air
  • Darah yang terminum oleh bayi ketika proses kelahiran.
Pemecahan darah
  • Kumpulan darah tidak sama antara ibu dan bayi. ABo atau Rhesusu incompatibility.
Jangkitan kuman.
  • Jangkitan otak
  • Jangkitan salur kencing
  • Jangkitan dalam kandungan :  herpes, cmv
Kesan metabolik
  • Kurang hormon tiroid
  • Galaktosemia

Rawatan Jaundis Neonatal

Fototerapi
  • Cahaya spektrum biru lampu khas dapat mengurangkan paras bilirubin. Biasanya dimulakan bila bilirubin mencapai jumlah 222microm/l. Ia akan diteruskan sehingga paras bilirubin menurun ketahap lebih rendah. Oleh itu darah akan sentiasa diambil bagi mengkaji keberkesanan fototerapi ini.
Exchange Transfusion (ET) 
  • Adalah prosedur bila darah bayi secara berulang-ulang dalam kuantiti yang kecil dikeluarkan dan pada masa yang sama diganti dengan darah penderma.Dengan adanya fototerapi , ET telah kurang diperlukan namum jika bilirubin melebihi 345 microm/l, ia mungkin akan dilakukan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...