Saturday, March 12, 2011

Mee Bandung Sebenarnya

Mee Bandung menu yang aku idam-idamkan. tapi masi binggung nak makan kat kedai ke atau nak masak sendiri..pilihan di tangan anda..hihi..gurau jee apa-apa pun jom pekena mee bandung..


Mee Bandung
Bahan Kuah
1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
1 kilo kerang- direbus dan dikopek
1 paket fishcake- dihiris memanjang
RM3 Santan fresh
6 ulas bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
1 inci halia – dikisar
3 batang serai – diketuk
2 sudu besar rempah daging-dibuat pes
2 sudu besar rempah ikan-dibuat pes
Kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih
Garam/gula secukup rasa
Daun kari
Air asam jawa / asam keping
Bahan tambahan
1 kilo mee kuning
Telur rebus
Sawi-dicelur
Taugeh-dicelur
Tahu goreng jika suka
Limau kasturi
Bawang Goreng
Sambal tumis(cili kering kisar ditumis bersama garam dan sedikit gula)
Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.Kemudia masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik baunya.Masukkan pes kari dan sedikit santan.Setelah rempah dah pecah minyak,masukkan ayam,serai ketuk dan santan juga ditambah airnya.(ikut la nak pekat atau sedikit cair kuahnya)
Bila kuah dah mendidih masukkan air asam atau asam keping,fish kek dan kerang.Tambah kan garam dan gula secukup rasa.Renehkan kuah seketika dengan api perlahan.
Untuk hidangan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...