Thursday, May 19, 2011

Cantik Dalam Cantik Luar

Mau chantek...

Senyumlah..
Muka anda akan kelihatan sangat menarik..
Kerna setiap manusia punya senyum yang berbeza..walaupun rasanya sama..
Hihi...Manis setiap orang akan berasa senang..lega..gembira..tenang..
Alhamdulillah..itulah anugerah Allah yang tak terkira harga dan amknanya...

Ikhlaslah...
Hati yang melahirkan rasa itu..
Hargai rasa itu..Rasa itu akan menjadikan diri kita yang sebenarnya..
Cantik dari dasar hati datangnya dari keikhlasan...
Indahnya tiadalah terkata...

Ketawalah...
Ubat awet muda yang paling mustajab...
Hati akan senang...
senyum dan ikhlas akan tercipta..
Percayalah..

Jom layan MAHARAJAHLAWAK

Monday, May 9, 2011

Bubur Lambuk

Sebut tentang bubur lambuk mesti kawan2 terkenang bulan ramadhan..
Ayu pun sama...sebab tu nak berkongsi resipi bubur lambuk ngan kekwn...
Tapi bagi kekwn yg da pakar dlm membuat bubur lambuk bolela bagi komen yee..

Jom Masak Bubur Lambuk 
4 cawan beras
2-3 helai daun pandan
2batang serai } dititik
2 inci halia
8 ulas bawang merah } ditumbuk
4 ulas bawang putih } ditumbuk
2 helai  daun kunyit } dimayang
4 cawan air
4 cawan rebusan ayam
3 cawan pati santan
1 cawan minyak sapi
2 sudu besar udang kering } ditumbuk
300gm ayam } diricik halus
3 sudu kerisik
2 sudu lada hitam
4 kuntum bunga lawang
4 inci kayu manis
5g bawang goreng 
daun bawang
daun sup
kacang goreng

cara menyediakan

Tumiskan bahan yang ditumbuk dengan menggunakan minyak sapi..
Sehingga naik bau hihi...masukkan bunga lawang, kayu manis gorengkan dlm 4 minit..
Masukkan beras, rebusan ayam jg santan..
Masukkan pandan, halia, dan serai yg ditik...
Setelah beras mendidih masukkan kerisik, lada hitam, jg ayam yg diricik td..

Sehingga bubur masak seperti yang anda inginkan ...
Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng, daun bawang, kacang goreng dan jua daun sup..

Selamat mencuba dan selamat mencuba...

Thursday, May 5, 2011

Jom Buat Kraftangan..

Ayu tak la ringan n lembut sgt jari jemari untuk buat kraftangan tapi ada minat..
Jadi buat kekawan yang rasa-rasa berminat..
Jom mulakan hari anda..
Ayu sebenarnya adalah tahu asas kraftangan tentang renda...
Emak ayu kan pakar tentang renda benang hihi..so u tau sikit2..
Macam yang ayu kata kat kawan2 ayu yang tengah baca fakta nie..
Yang paling penting minat..
Semua boleh jadi bersertakan usaha..
Jadi ayu nak kongsi ngan kawan2 beberapa tutorial yang ayu pinjam dari cik youtube hihi..
Semoga berguna..

Cara membuat kraftangan sabun
kraftangan sabun boleh kita gunakan untuk mengantikan bunga telur..
Boleh juga anda jadikan sebagai buahtangan kepada tetamu di majlis perkahwinan mahupun majlis kesyukuran yang anda rasa perlu...
Ini hanya sekadar Idea hihi..

Cara membuat kraftangan kertas
Yang berminat cuba dan cuba semoga berjaya...

Ini yang lebih menarik dan menambahkan keminatan anda..
Go...3x 
kawan-kawan...
 Ada banyak lagi kat youtube..rajin3kan jari kwn3 mencari..
Kata kak ogy kat Af..Gali lg hihi

Kraftangan Benang Renda
Ada banyak lagi...
Idea buat kwn3 yang sememang tahu asas merenda macam ayu..
Hihi macam ada bunyi riaklah plak hihi..

Bagi kekwn yang sudah berjaya tu..
Cerita3lah sikit...
kongsikan kejayaan anda..kerna diriku pun baru mahu melangkah..
Moga kita semua berhasil..
Wasalam...

 




Tuesday, May 3, 2011

Bayi Ayu Da Kuat Nangisla Huhu


Emal da pun berusia 3bulan pada 25April lalu...
Huuh....semakin pintar semakin cergas dan yang paling mengejutkan..
Emal kuat nangis daaa...

Buat ibu-ibu...juga papa-papa...
Jangan risau tentang tangisan bayi anda..

Fakta tentang tangisan bayi...
Tangisan adalah salah satu cara bayi-bayi anda untuk berkomunikasi dengan anda ..wahai ibu ..wahai papa..
Melalui tangisan bayi anda menunjukkan ketidakselesaan yang di alami oleh mereka..
Juga salah satu cara menarik perhatian anda....

Dengan itu ibu jua papa..
Agar lebih peka dengan tangisan bayi anda ye...
Dan beri perhatian dan fahamilah setiap tangisan yang mereka keluarkan..
semoga kita semua berbahagia bersama bayi-bayi kita...
Dan semoga bayi-bayi kita sihat selalu..
Lilypie First Birthday tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...